Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara

Posted on

Pesara kerajaan boleh memohon pinjaman ini, sebab pinjaman ini memang direka khusus untuk golongan pesara kerajaan. Pinjaman peribadi ini mempunyai konsep tawarruq serta menawarkan ansuran dan kadar keuntungan yang berpatutan.

Untuk memudahkan diluluskan pinjaman peribadi Pesara, Anda mestilah mengetahui maklum apa sahaja yang diperlukan. Di bawah kami telah kongsikan maklumat terperinci berkaitan dengan pinjaman ini.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara

Bagi dapatkan pinjaman peribadi Bank Rakyat pesara, Anda perlu sediakan senarai dokumen dan syarat. Pembiayaan peribadi pesara Bank Rakyat ini mempunyai ciri-ciri:

  • Had Maksimum Pembiayaan
  • Maksimum RM100,000
  • Maksimum 15 kali pencen kasar bulanan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

Dokumen

Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman Pesaran iaitu:

  • JPA : Jabatan Perkhidmatan Awam
  • JHEV : Jabatan Hal Ehwal Veteren
PerkaraJPAJHEV
Mykad
Kad Pesara Kerajaan
Kad Pesara Tentera
Lejar Pesara
Penyata Pencen

Kelayakan

Berikut adalah kelayakan yang diperlukan untuk mohon pembiayaan Pesara Bank Rakyat:

  • Pesara kerajaan.
  • Berumur tidak lebih dari 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Minimum pencen RM800 sebulan.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan untuk tempoh 1 sehingga 10 tahun iaitu kadar keuntungan KA + 4.26%. Kadar asas (KA) semasa ialah 2.60% dan tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful.

Fi dan Caj

TRANSAKSICAJ
Fi Wakalah atau AgensiFi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30 termasuk Yuran Broker.
Duti Setem0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatKetika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewatSelepas tamat tempoh pembiayaan: Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.
Yuran Penyelesaian AwalRebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru

Anda dinasihati untuk mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh bank.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara

  1. Lawati link pinjaman peribadi Bank Rakyat di sini.
  2. Klik butang Mohon Sekarang
  3. Pilih salah satu Produk Pilihan, beri tanda √. Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam Online
  4. Pilih Salutation (Encik/Puan/Cik)
  5. Masukkan Nama dan Nombor Telefon Anda.
  6. Masukkan alamat Email Anda.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan dasar privasi Bank Rakyat.
  10. Tick I’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Kemudian pegawai bank akan menghubungi Anda.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran pinjaman peribadi Bank Rakyat Pesara iaitu melalui pindahan Pencen ke Bank Rakyat.

Jadual Pembayaran

Berikut adalah jadual pembayaran yang diberikan oleh Bank Rakyat.

Jaduan Pembayaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Pesara

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454.