Pinjaman Wang Segera Bank Rakyat
Pinjaman Wang Segera Bank Rakyat

Pinjaman Wang Segera Bank Rakyat

Posted on

Pinjaman wang segera pajak gadai-i merupakan salah satu perkhidmatan Bank Rakyat yang menawarkan kadar keuntungan yang rendah berdasarkan prinsip Syariah dan pembiayaan tunai segera dengan mudah sehingga RM350,000.

Jika Anda perlukan wang kecemasan, emergency atau urgent, Anda boleh cuba memohon pembiayaan tunai segera gadai-i Bank Rakyat. Dokumen dan syarat diperlukan untuk memudahkan Anda diluluskan segera, selain itu Anda tidak memerlukan penjamin.

Pinjaman Peribadi Pajak Gadai-i Bank Rakyat

Konsep yang digunakan oleh Pinjaman Peribadi Pajak Gadai-i Bank Rakyat iaitu:

  • Rahn
  • Murahabah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq)

1. Kelayakan

Adapun kelayakan untuk memohon Pajak Gadai-i Bank Rakyat iaitu:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pelanggan individu.
  • Tidak muflis.
  • Warga negara Malaysia / bukan warga negara Malaysia / penduduk tetap.

2. Syarat Barang Gadaian

Bank Rakyat menerima senarai barang atau produk di bawah ini:

  1. Barang kemas berbatu (yang mempunyai batu).
  2. Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan.
  3. Semua barangan kemas/emas kecuali barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup.
  4. Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
  • Berat tidak melebihi 300 gram.
  • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan.
  • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat.

3. Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang boleh di mohon ialah:

  • Jumlah pembiayaan sehari / terkumpul sehingga RM350,000.
  • Maksimum margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun).
  • Jumlah pembiayaan sehari untuk emas geronggang adalah sehingga RM30,000.

4. Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan pinjaman pajak gadai-i Bank Rakyat sehingga 18 bulan.

5. Had Pembiayaan

Mengenai had pembiayaan iaitu sehingga 80% daripada nilai barang gadaian (Nilai Marhun) bagi Pelanggan Baharu/Pelanggan Sedia ada.

6. Fi dan Caj

Pemohon tak perlu risau, sebab tiada fi dan caj yang dikenakan.

7. Cara Pembayaran

1. Jumlah Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan beserta Jumlah Keuntungan ketiga / terakhir (6 bulan ketiga) hendaklah dibayar penuh sebelum atau pada Tarikh Matang Pembiayaan:

Jumlah PembiayaanPertama (6 bulan pertama)Kedua (6 bulan kedua)Ketiga (6 bulan ketiga)
TarikhNANASebelum/Pada Tarikh Matang Keuntungan

2. Jumlah Keuntungan

Jumlah Keuntungan perlu dibayar sebelum/pada Tarikh Matang Keuntungan due profit date setiap enam (6) bulan seperti jadual berikut:

Jumlah KeuntunganPertama (6 bulan pertama)Kedua (6 bulan kedua)Ketiga (6 bulan ketiga)
TarikhSebelum/Pada Sebelum/Pada Sebelum/Pada Tarikh Matang Keuntungan

8. Kadar Keuntungan

Adapun kadar keuntungan jika Anda memohon pinjaman pajak gadai Bank Rakyat ialah:

  • Kadar Keuntungan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar Keuntungan adalah seperti berikut:
Nilai Marhun (RM)Kadar keuntungan setiap RM100 Nilai Marhun Sebulan (RM)
< 5000.6
≥ 500 – 5,0000.75
≥ 5,000 – 10,0000.8
> 10,0000.85

Formula pengiraan jumlah keuntungan CPR (Contractual Profit Rate) bagi Pajak Gadai-i: a = b x c/100 x d

  •  CPR = a
  • Nilai marhun = b
  • Kadar Keuntungan = c
  • Tempoh gadaian = d (Nota: Tempoh gadaian adalah berdasarkan bilangan hari)

9. Keistimewaan

Berikut beberapa keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan pinjaman pajak gadai Bank Rakyat.

  • Kadar keuntungan dikira secara harian.
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful.
  • Bebas dari unsur riba.
  • Tempoh gadaian yang lama.
  • Tiada yuran proses.
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Pajak Gadai-i Bank Rakyat

Jika Anda sudah menyediakan senarai syarat di atas, sila ikuti langkah memohon pembiayaan pajak gadai Bank Rakyat di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi di sini.
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Sila pilih Produk Pajak Gadai-i, beri tanda √
  4. Pilih Salutation (Encik/Puan/Cik)
  5. Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
  6. Masukkan Email yang Anda gunakan.
  7. Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
  8. Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran (Tidak/Ya).
  9. Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  10. Tick, i’m not a robot.
  11. Klik Hantar.
  12. Pegawai bank akan menghubungi Anda.

Selain pinjaman wang segera Bank Rakyat pajak Gadai, Anda boleh cuba pinjaman peribadi Bank Rakyat sektor swasta yang menawarkan pinjaman sehingga RM150,000.

Semua maklumat tersebut tertakluk kepada terma dan syarat. sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di 1 300 80 5454 atau kunjungi pejabat Bank Rakyat cawangan berdekatan.